Wednesday, October 20, 2010

Iklan jawatan kosong UiTM - staf akademik

Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut di Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang.

1. JAWATAN : PENSYARAH GRED DM45 / DM51 / DM53
SECARA TETAP/ KONTRAK

Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Pendidikan
Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional

1.1 JADUAL GAJI MATRIKS:

(a) Gred DM45 :

P1T1 RM2546.05 - P1T21 RM5484.96 P2T1 RM2642.06 - P2T21 RM5788.25 P3T1 RM2742.25 - P3T21 RM6113.85

(b) Gred DM51 :

P1T1 RM4573.47 - P1T10 RM6439.44 P2T1 M4789.15 - P2T10 RM6730.27 P3T1 RM5013.18 - P3T10 RM7029.45

(c) Gred DM53 (Profesor Madya):

P1T1 RM4842.03 - P1T10 RM6797.08 P2T1 RM5057.71 - P2T10 RM7117.13 P3T1 RM5281.74 - P3T10 RM7448.31


1.2 FAKULTI / BIDANG:
Fakulti Kejuruteraan Awam
· Pengurusan Projek & Kejuruteraan Pembinaan

Fakulti Kejuruteraan Mekanikal
· Engineering Mechanics
· Manufacturing
· Thermofluids

Fakulti Pengurusan Hotel & Pelancongan
· Pengurusan Hotel
· Seni Kulinari
· Perkhidmatan Makanan
· Pengurusan Pelancongan

Fakulti Farmasi
· Pharmacology/Pharmacotherapy
· Pharmaceutical Chemistry

Jabatan Sains Gunaan
· Fizik

Jabatan Sains Komputer dan Matematik
· Matematik

Jabatan Pengurusan Perniagaan
· Keusahawanan
· Pengurusan
· Ekonomi

Akademi Pengajian Bahasa
· Bahasa Inggeris
· Bahasa Jepun
· Bahasa Perancis

2. JAWATAN : PENOLONG PENSYARAH GRED DM29
SECARA TETAP


Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Pendidikan
Kumpulan Perkhidmatan : Pentadbiran dan Sokongan

2.1 JADUAL GAJI MATRIKS:

(a) Gred DM29 :

P1T1 RM1237.83 - P1T21 RM3063.45 P2T1 RM1305.89 - P2T21 RM3250.92 P3T1 RM1376.98 - P3T21 RM3444.63


2.2 FAKULTI / BIDANG:

Fakulti Kejuruteraan Mekanikal
· Manufacturing

Fakulti Pengurusan Hotel & Pelancongan
· Demi Chef
· Human Resources
· Laundry

3. SYARAT LANTIKAN

3.1 Kelayakan Untuk Lantikan Ke Gred DM45

a) (i) Ijazah Sarjana (Masters) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada
institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

(ii) Ijazah Sarjana Muda Seni Bina dan diploma lanjutan dalam bidang berkenaan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar penuh dengan Lembaga Arkitek Malaysia; atau

(iii) Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah Gred DM45:P1T4)

dan
b) Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

3.2 Kelayakan Untuk Lantikan Ke Gred DM51

c) (i) memiliki kelayakan seperti di perenggan a) dan b) di atas;

(ii) membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang istimewa mutunya; dan

(iii) mempunyai pengamalan berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan.

3.3 Kelayakan Untuk Lantikan Ke Gred DM53 (Profesor Madya)

d) (i) memiliki kelayakan seperti di perenggan a) dan b) di atas;

(ii) membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang istimewa mutunya; dan

(iii) mempunyai pengamalan berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan.

3.4 Kelayakan Untuk Lantikan Ke Gred DM29 (Penolong Pensyarah)

e) (i) Sijil dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik- politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

(ii) Diploma dalam bidang Sains Kesetiausahaan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

(iii) Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

(Gaji permulaan ialah pada Gred DM29: P1T6); atau

(iv) Diploma dalam bidang seni lukis dan seni reka yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred DM29: P1T9);

dan
f) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
4. PERHATIAN KEPADA PEMOHON

a) Calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

b) Calon–calon kenaikan pangkat secara lantikan hendaklah berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

c) Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan dengan salinan rekod perkhidmatan yang dikemas kini.

d) Setiap permohonan MESTILAH disertai bersama SALINAN dokumen berikut yang telah disahkan:

(i) Kad Pengenalan
(ii) Sijil MCE/SPM, STPM atau setaraf
(iii) Sijil, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, PhD (Skrol dan Transkrip Akademik Terperinci)
(iv) Surat Pengiktirafan Kelayakan Akademik daripada Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA)
(v) Surat Pengesahan Perkhidmatan dari Majikan sedia ada/ terdahulu untuk mengambil kira pengalaman kerja/ penetapan gaji
(vi) Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini (bagi kakitangan Kerajaan/Badan Berkanun/Separa Kerajaan yang sedang berkhidmat)

e) Keutamaan diberi kepada calon-calon yang memiliki CGPA 3.00 di peringkat Ijazah Sarjana Muda bagi lantikan DM45, DM51 dan DM53.

f) Borang yang tidak lengkap dan permohonan calon dari jabatan Kerajaan/Badan Berkanun/Separa Kerajaan sedang berkhidmat yang tidak melalui majikan tidak akan diproses.

g) Hanya permohonan yang senarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

h) Pemohon-pemohon yang tidak menerima maklumbalas selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.


5. CARA PERMOHONAN

a) Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA Pulau Pinang. Borang Permohonan boleh dicetak melalui muat turun borang dilaman web UiTM Pulau Pinang di http://www.penang.uitm.edu.my/ atau boleh didapati di Pos Pengawal Pintu Masuk Utama, Universiti Teknologi MARA Pulau Pinang.

b) Tarikh tutup permohonan ialah pada 25 Oktober 2010 (Isnin).

c) Sila kemukakan permohonan kepada:

UNIVERSITI
TEKNOLOGI MARA
PULAU PINANG
TIMBALAN PENDAFTAR
UiTM PULAU PINANG
13500 PERMATANG PAUH
PULAU PINANG

NO. TEL: (04) 382 2700/2859/2856
E-mail :
mukhtarz@ppinang.uitm.edu.my
Tarikh iklan: 10 Oktober 2010

1 comment:

  1. Menarik ni, lepas belajar dengan uitm boleh pulak sambung berkhidmat dengan Uitm pulak

    ReplyDelete