Kajian polis membuktikan lebih 85 peratus kejadian jenayah terutamanya jenayah hartabenda seperti mencuri boleh dicegah dan dihindari daripada berlaku sekiranya orangramai bersungguh-sungguh menjaga keselamatan harta benda mereka dengan mengambil bebarapa langkah tertentu. Banyak kes curi berlaku kerana peluang yang dibuka oleh pemilik hartabenda sendiri sehingga memudahkan penjenayah bertindak. Di antaranya ialah lalai sehingga terlupa mengunci rumah atau kereta dan tidak bersungguh-sungguh melindungi hartabenda yang berharga.
Nasihat Umum
· Beberapa langkah boleh diambil untuk mencegah dan mengurangkan kejadian seperti :-
· Memasang alat-alat keselamatan di bangunan-bangunan perniagaan;
· Kakitangan (pekerja) harus mengawasi pelawat-pelawat yang dicurigai. Hubungi polis dengan segera jika mengesyaki sesuatu;
· Kakitangan harus memahami peraturan keselamatan;
· Gunakan pengawal yang cukup dan langkah-langkah keselanatan yang teratur apabila membawa wang tunai yang banyak;
· Ketika di rumah, jangan benarkan orang yang tidak dikenalai masuk ke rumah;
· Periksa pengenalan orang-orang yang mengaku Pegawai Awam ketika memasuki rumah anda;
· Semasa berjalan sendirian, awasi orang yang mengekori anda;
· Elakkan melalui lorong sunya atau terpencil ketika berjalan-jalan;
· Jangan membawa wang tunai yang banyak ketika membeli belah atau berjalan-jalan;
· Lindungkan barang-barang kemas and jika memakai barang-barang kemas; dan
· Berjalan-jalan atau membelibelah eloklah berteman.