Tuesday, April 13, 2010

Macho kah dikau

Lelaki macho bila dah tak macho.....so, jangan dok perasan ensem sangat!!



Sunday, April 4, 2010

Anugerah bintang popular berita harian



Anugerah bintang paling popular berita harian 2009 jatuh kepada DATUK SITI NURHALIZA pada ulang tahun yang ke-15 dalam bidang seni...dah kaya, bertambah kaya...dapat lagi hadiah lumayan....

Kaabah ketika banjir

Rentetan gambar kaabah ketika banjir suatu ketika dahulu:

Friday, April 2, 2010

Al-Fatihah kepada Din Beramboi


Semogo rohnya dicucuri rahmat......Al fatihah


KUALA LUMPUR 2 April - Pelawak popular dan penyampai radio Era, Mior Ahmad Fuad Mior Badri meninggal dunia di Hospital Selayang, lewat malam tadi.Allahyarham yang dikenali sebagai Din Beramboi menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) pukul 12.30 malam.Menurut adik Allahyarham, Rozana Mior Badri, semua ahli keluarga berada di sisi Allahyarham kecuali ayahnya yang tidak dapat hadir.Katanya, Allahyarham meninggal dunia akibat demam denggi berdarah yang menyebabkan beberapa organ badannya gagal berfungsi.‘‘Jenazah abang saya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Ehsan, Kepong di sini sebelum solat Jumaat,’’ katanya ketika ditemui di hospital itu, malam ini. - Utusan

Sunday, March 21, 2010

Hang Tuah kecewa kantoi SPM versi Kedah

Zaman dulu pun ada SPM. Hang tuah pun ambek SPM. Tapi cam biasa la, mesti kantoi lah SPM dia. Asyik dok trainning silat jer 24jam.


Wednesday, March 3, 2010

Hujan ikan - pelik tapi benar

Tengok cam tak pecaya....tapi memang dah terjadi kat Australia....nak tau camna hujan ikan terjadi, baca la kosmo hari ni punya...pada sapa2 yang tak sempat nak nak beli kosmo kat kedai pak mat tongkol, boleh baca jer kat bawah ni....free of charge!!!


(petikan kosmo -3/3/2010)

LAJAMANU, Australia - Seramai 650 penduduk di sebuah kawasan pedalaman Australia, Lajamanu seolah-olah tidak dapat berkata-kata apabila beratus-ratus ekor ikan jenis spangled perch gugur dari langit, lapor sebuah akhbar semalam.
Kejadian itu mengejutkan salah seorang penduduk tempatan, Christine Balmer yang sedang berjalan pulang ke rumahnya apabila hujan ikan itu berlaku baru-baru ini.
"Beratus-ratus ekor ikan jatuh di merata-rata tempat. Penduduk berlari ke sana sini untuk mengutipnya. Semua ikan masih hidup semasa jatuh ke tanah.
"Justeru, ia semestinya masih hidup sewaktu 'terbang' di udara. Apabila saya memberitahu keluarga yang tinggal di tempat lain di Australia, mereka kata saya merepek.
"Sedangkan saya tidak. Apa yang boleh saya perkatakan ialah saya bersyukur tidak dihujani dengan buaya!," kata Balmer.
Seorang ahli meteorologi menyatakan insiden itu mungkin disebabkan oleh puting beliung.
Bukan sesuatu yang aneh bagi puting beliung untuk menyedut air dan ikan dari sungai sebelum menjatuhkannya pada jarak ratusan kilometer jauhnya.
"Sebaik sahaja ikan-ikan itu masuk ke dalam sistem cuaca, ia mungkin beku. Selepas beberapa tempoh, ikan-ikan tersebut 'dilepaskan'," kata Mark Kersemakers dari Biro Meteorologi Australia.
Lajamanu terletak di antara Darwin dan Alice Springs di hujung Gurun Tanami.
Ini bukanlah kali pertama bandar kecil itu mengalami kejadian ikan gugur dari langit.
Menurut seorang penduduk, Les Dillon yang berusia 48 tahun, pada awal tahun 1980-an dia berada di Hotel Alice Springs Tavern.
Apabila keluar dari biliknya, dia melihat ikan-ikan kecil jatuh dari langit.
"Ya, memang saya ada minum beberapa gelas bir. Jadi tiada seorang pun rakan yang mempercayai saya.
"Saya terpaksa menelefon ramai orang untuk memberitahu bahawa saya tidak mabuk. Ia (ikan gugur dari langit) benar-benar berlaku," kata Dillon. - Agensi

Tuesday, March 2, 2010

Ular sawa yang besar

Ular sawa yang besar...kalau berani tengok ler...tapi kalau lemah semangat tak payah la yer...nanti tut tut plak....hehe