Monday, August 23, 2010

MENGUBAH DESTINI ANAK BANGSA - Permohonan kemasukan sesi Disember 2010 (UiTM)

Permohonan adalah dipelawa kepada bumiputra warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengikuti program di Universiti Teknologi MARA.
1. Permohonan melalui online.uitm.edu.my bermula 16 Ogos 2010 (Isnin).
2. Tarikh tutup permohonan pada 19 September 2010 (Ahad).
3. Permohonan adalah PERCUMA ( TIDAK memerlukan pembelian No. Pin dari mana-mana bank).
4. Pemohon dinasihati melayari laman web seperti di atas untuk mendapatkan maklumat lanjut sebelum membuat permohonan.

Friday, August 20, 2010

Puasa lidah di bulan Ramadhan

Hadith:
Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Apabila seseorang kamu berpuasa, janganlah ia bercakap perkara-perkara yang kotor dan sia-sia, dilarang juga bertengkar dan memaki hamun. Apabila ia dimaki hamun oleh seseorang atau pun diajak bermusuhan maka hendaklah ia berkata, "Sesungguhnya aku berpuasa hari ini"
(al-Bukhari dan Muslim)

Wednesday, August 18, 2010

Jam terbesar di dunia berada di Mekah

Jam terbesar - senang nak tengok dari jauh.
subahanallah, Allah mengilhamkan manusia untuk jadikan yang mustahil dapat dizahirkan.

Sunday, July 11, 2010

Siapa Juara 2010? Sepanyol atau Belanda

Pejam celik, pejam celik...dah sampai ke penghujung world cup 2010 Afrika selatan. Awal pagi nanti akan terjawab la segala ramalan2 sama ada Sepanyol atau Belanda yang akan dinobatkan sebagai Juara dunia. World cup 2010 banyak memberi kejutan besar apabila banyak kuasa2 besar bola sepak di singkirkan dalam keadaan memalukan. Awal pagi tadi, Jerman telah berjaya merebut tempat ketiga dengan kemenangan 3-2 sekali gus mengesahkan ramalan sotong yang bernama Paul telah menepati ramalannya. Pada pendapat aku, ramalan tersebut hanyalah secara kebetulan sahaja. Tidak ada kuasa lain didunia ini yang dapat menentukan ramalan, dan bagi umat Islam, adalah syirik untuk mempercayainya seperti yang telah ditulis dalam berita harian dalam tajuk 'tilikan keputusan bola sepak haram'. Sekali lagi sotong tersebut meramalkan Sepanyol akan menjuarai world cup. Sekiranya betul, ianya hanyalah satu kebetulan semata-mata. Bagi aku, aku sokong Sepanyol yang menang!!! Sama2 lah kita tgk awal pagi nanti....suspen..

Saturday, July 3, 2010

Zikir Munajat

Alunan zikir munajat untuk tatapan pelawat blog ni. Boleh DOWNLOAD untuk koleksi peribadi DISINI.

Thursday, June 17, 2010

Sultan Brunei ceraikan Azrinaz (wartawan TV3)?

Angin takde, ribut takde, tup tup pokok dah tumbang. Apa cerita sebenarnye ek? (sebok je nak tau). siap ada annoucement kat TV brunei, sultan brunei ceraikan isteri dia tu dengan talak satu. Dengar cerita dah kecoh dah kat Brunei tu. Ke aku sorang je yang taktau lagi....hehe. Isk isk isk, bak kat P. Ramlee dalam 'madu tiga', kesian, kesiannn, kesiannnn......Boleh tengok annoucement kat link ni, klik DI SINI. kalau korang tau, kasi la info sikit-sikit...hehe

Saturday, June 12, 2010

World cup FIFA 2010 schedule - South Africa

Maka bermulalah kempen bola sepak piala dunia. Perlawanan pembukaan antara tuan rumah, South Africa dan Mexico telah dilangsungkan dengan keputusan seri. Agak2 korang sapa yang akan menang piala dunia kali ni? Kepada semua peminat2 bolasepak, aku kasi kat korang world cup 2010 schedule yang sempoi. For your copy of this schedule, please download here WORLD CUP FIFA 2010 SCHEDULE.