Monday, November 29, 2010

Perlawanan Ular Tedung Dengan Baby

Aku dah tak ingat mana aku dapat video nie. Dah lama dah dalam simpanan aku. Ngeri gak la tengak baby lawan dengan ular tedung. Enviroment cam kat India jer. Lagipun Indiakan banyak ular. Aku harap2 ular tu dah takde bisa. Bisa ular dah dikeluarkan kot. Tapi kalau still ada bisa, tak tau la apa nasib baby tu. Untuk lihat video sila klik 'read more'.

Wednesday, October 20, 2010

Iklan jawatan kosong UiTM - staf akademik

Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut di Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang.

1. JAWATAN : PENSYARAH GRED DM45 / DM51 / DM53
SECARA TETAP/ KONTRAK

Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Pendidikan
Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional

Saturday, October 16, 2010

Ada apa dengan bajet 2011

Bajet 2011 telah dibentangkan oleh perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Antara kandungan bajet 2011 adalah seperti berikut:
1. Bantuan khas RM500 kepada penjawat awam gred 54 ke bawah (tetap, kontrak, pesara) akan dibayar pada bulan Disember.
2. Cuti bersalin bergaji penuh 90 hari untuk penjawat awam
3. Elaun pengerusi JKKK, JKKP, tok batin, JKKK orang asli dan pengerusi kampung baru dinaikkan RM800 sebulan berbanding RM450 sekarang.

Tuesday, October 12, 2010

Model wanita tertinggi

Nama = Caroline Welz
Tarikh lahir = 6 Julai 1986
Tempat lahir = Cologne, North Rhine-Westphalia
Negara = German
Tinggi = 6 kaki 6 inci (206m)
Panjang kaki = 51 inci (130cm)
Pekerjaan = Tukang jahit dan model separuh masa
Berikut adalah gambar model tersebut......

Friday, September 24, 2010

Iklan pengambilan pelajar EMBA UiTM

(PERMOHONAN UNTUK PENGAMBILAN JANUARI 2011 TELAH DIBUKA SEKARANG)

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 1 OKTOBER 2010


Universiti Teknologi MARA (UiTM) Pulau Pinang ingin mempelawa calon Bumiputera yang berkelayakan untuk mengikuti pengajian Program Sarjana secara separuh masa untuk pengambilan Disember 2010.

MAKLUMAT PROGRAM EMBA

· Tempoh pengajian program adalah selama 2 tahun atau 4 semester.
· Struktur pengajian meliputi 13 kursus termasuk ‘Applied Business Research’.
· Kuliah dijalankan pada hari Sabtu (2.00 ptg -6.00ptg) dan Ahad (9 pagi – 4 petang).
· Kuliah dikendalikan oleh tenaga akademik yang berpengalaman.

Tawaran meneruskan pengajian secara pendidikan luar kampus UiTM

Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon BUMIPUTERA WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan dan sedang bekerja untuk mengikuti program-program di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Kampus Pulau Pinang di Permatang Pauh, Seberang Perai melalui Program Pengajian Luar Kampus (PLK) seperti berikut:

KOD PROGRAM DAN NAMA PROGRAM
BM111 Diploma Pengajian Perniagaan
BM117 Diploma Pengajian Perniagaan (Pengangkutan)
BM220 Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian (Pemasaran)

Thursday, September 23, 2010

Budak baca Surah Yasin - sedapnya suara dia

Sedapnya suara budak ni baca surah yasin. Sejuk hati dengar...rasa tenteram...