Showing posts with label Hari Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Hari Malaysia. Show all posts

Wednesday, December 1, 2010

AFF suzuki cup - Malaysia vs Indonesia

Hatiku luka hampa dan kecewa apabila tengok pasukan Malaysia diperkotakatikan oleh Mamat Indon. Pertahanan Malaysia sangat-sangat mengecewakan. Macam tak tau main bola. Semua gol Indon berpunca dari kesilapan yang tak dapat diterima oleh akal fikiran, sangat mudah!!! Malaysia tewas mudah 5-1. Tahap permainan Malaysia bolehlah disamakan dengan permainan budak kampung. Langsung tiada gerakan-gerakan yang menggunakan akal fikiran. Semua gerakan adalah secara membabi buta. Tahap stamina yang kurang bermaya, lembik ditengah padang. Agak sukar sukan bola sepak Malaysia untuk pergi jauh jika mutu permainan masih dikekal pada tahap sekarang.

Wednesday, September 15, 2010

Pembentukan Malaysia pada 16 September 1963 - cuti umum bermula 2010

Pada 31 Ogos 1957, Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Selepas merdeka, Tunku Abdul Rahman telah mengemukakan cadangan kepada Kerajaan British supaya Brunei, Sabah dan Sarawak digabungkan dengan Persekutuan Tanah Melayu menjadi Malaysia. Namun, Kerajaan British menolak cadangan itu kerana Singapura diketepikan. Sementara itu, Lee Kuan Yew, Ketua Menteri Singapura pada masa itu juga menyarankan percantuman Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu. Cadangan Lee Kuan Yew ditolak oleh Tunku Abdul Rahman. Namun begitu, senario politik yang