Wednesday, December 22, 2010

Pensyarah Sambilan Sepenuh Masa UiTM

Pensyarah Sambilan Sepenuh Masa (PTLS)
1. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda Bahasa Inggeris/Linguistik atau Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (TESL). -(CGPA:2.75 ke atas)
2. Tugas dan tanggungjawab: Mengajar 18 jam seminggu

Pensyarah Sambilan (PT)
1. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda Bahasa Inggeris/Linguistik atau Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (TESL). -(CGPA:2.75 ke atas)
2. Tugas dan tanggungjawab: Mengajar 6 jam seminggu

*Graduan yang baru tamat pengajian digalakkan untuk memohon.


Kepada yang berminat, sila hubungi:
Koordinator
Akademi Pengajian Bahasa
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Pulau Pinang.
Tel: 04 - 3823494

Wednesday, December 1, 2010

AFF suzuki cup - Malaysia vs Indonesia

Hatiku luka hampa dan kecewa apabila tengok pasukan Malaysia diperkotakatikan oleh Mamat Indon. Pertahanan Malaysia sangat-sangat mengecewakan. Macam tak tau main bola. Semua gol Indon berpunca dari kesilapan yang tak dapat diterima oleh akal fikiran, sangat mudah!!! Malaysia tewas mudah 5-1. Tahap permainan Malaysia bolehlah disamakan dengan permainan budak kampung. Langsung tiada gerakan-gerakan yang menggunakan akal fikiran. Semua gerakan adalah secara membabi buta. Tahap stamina yang kurang bermaya, lembik ditengah padang. Agak sukar sukan bola sepak Malaysia untuk pergi jauh jika mutu permainan masih dikekal pada tahap sekarang.

Tuesday, November 30, 2010

Bila zizan dan Johan raja lawak speaking english...

Lawak betul tengok mamat raja lawak dua orang ni speaking london....boleh pecah perut gelak..gaya spontan, tu yang kelakar giler...moh kite layan....

Monday, November 29, 2010

Perlawanan Ular Tedung Dengan Baby

Aku dah tak ingat mana aku dapat video nie. Dah lama dah dalam simpanan aku. Ngeri gak la tengak baby lawan dengan ular tedung. Enviroment cam kat India jer. Lagipun Indiakan banyak ular. Aku harap2 ular tu dah takde bisa. Bisa ular dah dikeluarkan kot. Tapi kalau still ada bisa, tak tau la apa nasib baby tu. Untuk lihat video sila klik 'read more'.

Wednesday, October 20, 2010

Iklan jawatan kosong UiTM - staf akademik

Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut di Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang.

1. JAWATAN : PENSYARAH GRED DM45 / DM51 / DM53
SECARA TETAP/ KONTRAK

Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Pendidikan
Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional

Saturday, October 16, 2010

Ada apa dengan bajet 2011

Bajet 2011 telah dibentangkan oleh perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Antara kandungan bajet 2011 adalah seperti berikut:
1. Bantuan khas RM500 kepada penjawat awam gred 54 ke bawah (tetap, kontrak, pesara) akan dibayar pada bulan Disember.
2. Cuti bersalin bergaji penuh 90 hari untuk penjawat awam
3. Elaun pengerusi JKKK, JKKP, tok batin, JKKK orang asli dan pengerusi kampung baru dinaikkan RM800 sebulan berbanding RM450 sekarang.

Tuesday, October 12, 2010

Model wanita tertinggi

Nama = Caroline Welz
Tarikh lahir = 6 Julai 1986
Tempat lahir = Cologne, North Rhine-Westphalia
Negara = German
Tinggi = 6 kaki 6 inci (206m)
Panjang kaki = 51 inci (130cm)
Pekerjaan = Tukang jahit dan model separuh masa
Berikut adalah gambar model tersebut......