Thursday, May 27, 2010

Download lagu Shahir AF8 - kebahagiaan dalam perpisahan

korang tengah cari lagu Shahir AF8 ke? korang memang bijak la datang sini. kat sini ada lagu yang korang tengah cari-cari. Sila-sila la download. Jangan malu-malu ek. Malu tapi mahu konon.

Wednesday, May 26, 2010

PROGRAM EXECUTIVE MASTER OF BUSINESS ADMINISTRATION (SEPARUH MASA UiTM)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) PULAU PINANG
PROGRAM EXECUTIVE MASTER OF BUSINESS ADMINISTRATION
(MBA) BM 771 (SEPARUH MASA)
(PERMOHONAN UNTUK PENGAMBILAN JULAI 2010 DIBUKA SEKARANG)
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 31 MEI 2010

Universiti Teknologi MARA (UiTM) Pulau Pinang ingin mempelawa calon Bumiputera yang berkelayakan untuk mengikuti pengajian Program Sarjana secara separuh masa untuk pengambilan Julai 2010.

MAKLUMAT PROGRAM EMBA
Tempoh pengajian program adalah selama 2 tahun atau 4 semester.
Struktur pengajian meliputi 13 kursus termasuk ‘Applied Business Research’.
Kuliah dijalankan pada hari Sabtu (2.30 ptg -6.30ptg) dan Ahad (9 pagi – 4 petang).
Kuliah dikendalikan oleh tenaga akademik yang berpengalaman.

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN
Memiliki ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh kerajaan
CGPA sekurang-kurangnya 2.80.
Mempunyai pengalaman bekerja sekurang-kurangnya 3 tahun.

BORANG PERMOHONAN
Permohonan boleh dibuat secara online melaui laman web:
http://www.ipsis.uitm.edu.my

Setiap permohonan yang dihantar hendaklah disertakan dengan kiriman wang/wang pos berjumlah RM50.00 atas nama "Bendahari UiTM" dan dihantar ke

Dekan
Institut Pengajian Siswazah
INTEKMA Convention Centre, Persiaran Raja Muda, Seksyen 7
40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Permohonan tanpa bayaran tidak akan diproses.
Sebarang pertanyaan bolehlah dibuat kepada:

Dr. Baderisang Bin Mohamed
Koordinator EMBA
UiTM Pulau Pinang
Jalan Permatang Pauh
13500 Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Tel : 04-3822908
H/P: 019-4573668
e-mail : baderi038@ppinang.uitm.edu.my

Monday, May 24, 2010

Juara AF8 - shahir - Kebahagiaan dalam perpisahan

Untuk tatapan umum. Video klip shahir AF8

Monday, May 3, 2010

Sila semak status permohanan program DIPLOMA anda(pengambilan July 2010)


Sukacita dimaklumkan bahawa Keputusan Permohonan ke Program DIPLOMA telah pun diumumkan. Oleh yang demikian tuan/puan boleh semak di web http://upu.mohe.gov.my/. Kepada pemohon yang berjaya TAHNIAH dan SYABAS diucapkan. Kepada pemohon yang tidak berjaya permohonan rayuan kemasukan dibuka dari 1 Mei hingga 15 Mei 2010 di laman web yang sama.
Untuk makluman tuan/puan permohonan ke Program PRA DIPLOMA dijangka akan diumumkan pada awal bulan Jun.
Sekian terima kasih