Thursday, April 29, 2010

Iklan jawatan kosong UiTM

BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA


Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia daripada lulusan UiTM yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan kontrak di Kampus Shah Alam dan Cawangan bagi memenuhi Wawasan 2020 Negara.

I. JAWATAN

JAWATAN = PEGAWAI EKSEKUTIF
GRED = N27
STATUS JAWATAN = Kontrak
SKIM PERKHIDMATAN = Penolong Pegawai Tadbir


JADUAL GAJI
P1T1 RM1204.55 - P1T26 RM3027.10

P2T1 RM1274.13 - P2T26 RM3213.25

P3T1 RM1346.73 - P3T26 RM3405.26


II. SYARAT LANTIKAN

PEGAWAI EKSEKUTIF (GRED N27)

1. Calon bagi lantikan memiliki kelayakan seperti berikut :

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;

Atau

(ii) diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred N27: P1T5); dan

(d) kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


III. PERHATIAN KEPADA PEMOHON

a. Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan dengan salinan rekod perkhidmatan yang dikemaskini.

b. Hanya permohonan yang ditapis-senarai akan dipanggil untuk temu duga.

c. Setiap permohonan MESTILAH disertakan dengan salinan sijil-sijil yang telah DISAHKAN.

d. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan daripada pihak universiti selepas tiga (3) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka TIDAK BERJAYA.

e. Pemohon-pemohon mestilah bersedia untuk berkhidmat di kampus-kampus cawangan.

IV. CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN

Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA yang boleh diperoleh dengan melayari laman web HEP di http://hep1.uitm.edu.my/ dan juga boleh didapati sendiri di Pejabat Pentadbiran HEP, Aras 4 Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin.


Tarikh tutup permohonan ialah pada hari Isnin, 10 Mei 2010

Sila kemukakan permohonan kepada :

KETUA TIMBALAN PENDAFTAR
BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI
ARAS 4, BANGUNAN CANSELERI TUANKU SYED SIRAJUDDIN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
40450 SHAH ALAM
SELANGOR DARUL EHSAN

NO.TEL : (03) 5544 3523/ (03) 55443222

Friday, April 23, 2010

IKLAN PLK UiTM PULAU PINANG





PUSAT PENGAJIAN LUAR KAMPUS
UiTM Kampus Pulau Pinang

Pusat Pengajian Luar Kampus (PPLK) UiTM Pulau Pinang sedang menawarkan program-program yang ditawarkan kepada calon-calon BUMIPUTRA WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan dan SEDANG BEKERJA. Kuliah pengajian diadakan selepas waktu bekerja dari 6.00 petang hingga 10.00 malam pada hari bekerja.

Fakulti Pengurusan Perniagaan
BM220 - Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian (Pemasaran)

Fakulti Pengurusan Perniagaan
BM 111 Diploma Pengajian Perniagaan

BM117 Diploma Pengajian Perniagaan (Pengangkutan)

SILA BAWA SALINAN DOKUMEN BERIKUT :
Permohonan hendaklah disertakan bersama Wang Pos sebanyak RM12.00 atas nama Bendahari UiTM.

1. Salinan Kad Pengenalan - Calon, Ibu, dan bapa
2. Salinan Sijil Kelahiran - Calon, Ibu, dan bapa
3. Salinan Keputusan SPM/Setaraf
(bagi Program Diploma/Ijazah Sarjana Muda)
4. Salinan Keputusan STPM/Setaraf - jika berkenaan
5. Salinan Transkrip Diploma/Ijazah
6. Salinan sijil lain yang berkenaan
7. Surat Sokongan Majikan

Borang Permohonan Boleh diperolehi melalui :
http://www.ined.uitm.edu.my/
atau
Pusat Pengajian Luar Kampus
d/a Jabatan pengurusan Perniagaan
Blok Akademik Bandar Perda
Universiti Teknologi MARA
Kampus Pulau Pinang
13500 PERMATANG PAUH
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 30 APRIL 2010

Tuesday, April 13, 2010

Macho kah dikau

Lelaki macho bila dah tak macho.....so, jangan dok perasan ensem sangat!!



Sunday, April 4, 2010

Anugerah bintang popular berita harian



Anugerah bintang paling popular berita harian 2009 jatuh kepada DATUK SITI NURHALIZA pada ulang tahun yang ke-15 dalam bidang seni...dah kaya, bertambah kaya...dapat lagi hadiah lumayan....

Kaabah ketika banjir

Rentetan gambar kaabah ketika banjir suatu ketika dahulu:

Friday, April 2, 2010

Al-Fatihah kepada Din Beramboi


Semogo rohnya dicucuri rahmat......Al fatihah


KUALA LUMPUR 2 April - Pelawak popular dan penyampai radio Era, Mior Ahmad Fuad Mior Badri meninggal dunia di Hospital Selayang, lewat malam tadi.Allahyarham yang dikenali sebagai Din Beramboi menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) pukul 12.30 malam.Menurut adik Allahyarham, Rozana Mior Badri, semua ahli keluarga berada di sisi Allahyarham kecuali ayahnya yang tidak dapat hadir.Katanya, Allahyarham meninggal dunia akibat demam denggi berdarah yang menyebabkan beberapa organ badannya gagal berfungsi.‘‘Jenazah abang saya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Ehsan, Kepong di sini sebelum solat Jumaat,’’ katanya ketika ditemui di hospital itu, malam ini. - Utusan