Friday, September 24, 2010

Iklan pengambilan pelajar EMBA UiTM

(PERMOHONAN UNTUK PENGAMBILAN JANUARI 2011 TELAH DIBUKA SEKARANG)

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 1 OKTOBER 2010


Universiti Teknologi MARA (UiTM) Pulau Pinang ingin mempelawa calon Bumiputera yang berkelayakan untuk mengikuti pengajian Program Sarjana secara separuh masa untuk pengambilan Disember 2010.

MAKLUMAT PROGRAM EMBA

· Tempoh pengajian program adalah selama 2 tahun atau 4 semester.
· Struktur pengajian meliputi 13 kursus termasuk ‘Applied Business Research’.
· Kuliah dijalankan pada hari Sabtu (2.00 ptg -6.00ptg) dan Ahad (9 pagi – 4 petang).
· Kuliah dikendalikan oleh tenaga akademik yang berpengalaman.

Tawaran meneruskan pengajian secara pendidikan luar kampus UiTM

Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon BUMIPUTERA WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan dan sedang bekerja untuk mengikuti program-program di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Kampus Pulau Pinang di Permatang Pauh, Seberang Perai melalui Program Pengajian Luar Kampus (PLK) seperti berikut:

KOD PROGRAM DAN NAMA PROGRAM
BM111 Diploma Pengajian Perniagaan
BM117 Diploma Pengajian Perniagaan (Pengangkutan)
BM220 Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian (Pemasaran)

Thursday, September 23, 2010

Budak baca Surah Yasin - sedapnya suara dia

Sedapnya suara budak ni baca surah yasin. Sejuk hati dengar...rasa tenteram...

Monday, September 20, 2010

Wasiat Raja-Raja Melayu ketika pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu

Wasiat yang disampaikan semasa raja-raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 itu ialah:

* Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu .
* Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

Sunday, September 19, 2010

Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Wajib Bayar Melalui Potongan Gaji Bermula Jun 2011

Bermula Jun 2011 semua peminjam PTPTN diwajibkan bayar balik pinjaman terutama peminjam tegar iaitu seramai 46000 (aku tak termasuk peminjam tegar ek, tapi aku bayar sikit2...hehe). 46000 dari 1.6 juta tu dalam kategori tak pernah bayar langsung. Cara pembayaran adalah dengan cara potongan gaji melalui lembaga hasil dalam negeri (LHDN). Cara bayaran sebelum ni yakni secara sukarela tidak mendapat sambutan. PTPTN berkata cara ini diambil bagi kepentingan semua pihak terutamanya supaya ia tidak menganggu pemberian pinjaman kepada peminjam lain yang bakal melanjutkan pelajaran ekoran peminjam yang terdahulu yang liat membayar balik pinjaman.

Thursday, September 16, 2010

Pendapatan lumayan bersama nuffnang - artikel dalam KOSMO!

Ini merupakan petikan artikel berkaitan dengan nuffnang di KOSMO. Kebanyakkan blogger tegar memperoleh pendapatan lumayan dari nuffnang. Namun begitu, kenalkah kita siapa pengasasnya? Kalau nak tau sapa dia, sila baca petikan KOSMO di bawah (tapi aku ambil sikit je artikel dari KOSMO, selebihnya kena beli sendiri KOSMO...hehe).

Timothy Tiah, Pengarah Urusan Nuffnang Sdn Bhd
Sebut sahaja nuffnang, mustahil jenama komuniti pengiklanan blog tidak dikenali oleh blogger-blogger di seluruh Malaysia. Tidak hairan juga jenama itu amat dikenali di negara-negara jiran terutama Singapura, Australia dan Filipina.
Sumbangan nuffnang amat besar buat komuniti blogger yang menjadikan jenama itu sebagai platform untuk menjana pendapatan sampingan yang lumayan. Tidak keterlaluan jika dikatakan pendapatan yang diperoleh daripada nuffnang adakalanya melebihi pendapatan pekerjaan tetap.

Wednesday, September 15, 2010

Pembentukan Malaysia pada 16 September 1963 - cuti umum bermula 2010

Pada 31 Ogos 1957, Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Selepas merdeka, Tunku Abdul Rahman telah mengemukakan cadangan kepada Kerajaan British supaya Brunei, Sabah dan Sarawak digabungkan dengan Persekutuan Tanah Melayu menjadi Malaysia. Namun, Kerajaan British menolak cadangan itu kerana Singapura diketepikan. Sementara itu, Lee Kuan Yew, Ketua Menteri Singapura pada masa itu juga menyarankan percantuman Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu. Cadangan Lee Kuan Yew ditolak oleh Tunku Abdul Rahman. Namun begitu, senario politik yang

Tuesday, September 14, 2010

Kronologi pembunuhan Datuk Sosilawati, pegawai bank, peguam dan pemandu

-6 September 2010-
Media melaporkan Datuk Sosilawati Lawiya, 47, hilang sejak 30 ogos lalu selepas urus niaga pembelian tanah di banting bersama peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, pegawai bank CIMB, Noorhisham Mohammad, 38 dan pemandunya, Kamaruddin Shansuddin, 44. Sosilawati dikatakan membawa RM4 juta bersamanya.
-7 September 2010-
Dua kereta BMW masing-masing dengan nombor pendaftaran WTL11 dan AAJ5 milik Sosilawati dan Ahmad Kamil ditemui. Kereta Sosilawati ditemui di apartment Angsana, Taman Subang Mewah, Subang Jaya manakala kereta Ahmad Kamil ditemui dihadapan hotel Dorsett di SS12 Subang Jaya. Keluarga Sosilawati menafikan mangsa membawa RM4 juta.

Saturday, September 11, 2010

Serangan 11 September 2001 - Sejauh mana kebenarannya?

Apa kaitannya gambar kat sebelah ni dengan blog adha? Kalau nak tau apa kaitannya, tarikh berlaku accident tu pada 11 september iaitu bersamaan dengan tarikh entry hari ni...hehe.. Cuma bezanya berlaku pada tahun yang berlainan. Gambar menunjukkan serangan ke atas World Trade centre pada 11 Sepetember 2001 di Amerika Syarikat. Serangan dilakukan dengan menggunakan 2 buah pesawat penumpang masing2 ke atas menara selatan dan utara bangunan WTC tersebut. Serangan tersebut telah menyebabkan

Thursday, September 9, 2010

Pengumuman Hari Raya 2010

Teka-teki sama ada hari raya jatuh pada hari Khamis(9/9/2010) or Jumaat(10/9/2010) telah pun terjawab dengan pengumuman oleh penyimpan mohor besar raja2. Tapi disebalik spekulasi Khamis or Jumaat kita akan sambut hari raya, nun jauh di utara tanah air, yakni di perlis, ada satu puak yang sambut hari raya pada hari rabu(8/9/2010). Siap ada solat sunat hari raya lagi. Puak tu adalah pengikut fahaman Jamiatul Al-Nadzir Awwallun. Kisah penangkapan mereka telah disiarkan dalam KOSMO!.

Tuesday, September 7, 2010

Ke mana hilangnya Datuk Sosilawati

Datuk Sosilawati

Datuk Sosilawati merupakan pengasas produk kecantikan Nouvelles Visages (NV). Beliau mempunyai 6 orang anak hasil perkahwinan pertamanya. Pernah berkahwin dengan artis, Nash satu ketika dulu, kemudiannya bercerai. Status terkini, telah pun berkahwin dengan ahli perniagaan dari Indonesia. Kehilangannya telah mengemparkan

Monday, September 6, 2010

IKLAN TAWARAN KHIDMAT PEMBANTU PENGAWAS PEPERIKSAAN AKHIR OKTOBER 2010

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
PULAU PINANG
BAHAGIAN HAL EHWAL PEPERIKSAAN


1. Calon yang berkelayakan adalah diperlukan untuk mengisi jawatan di atas mengikut syarat-syarat perlantikan seperti berikut :

(a) Warganegara Malaysia (Bumiputera)

(b) Pemohon mestilah berumur 17 tahun keatas tetapi tidak melebihi 30 tahun pada tarikh permohonan dibuat. Pemohon yang belum mencapai umur 18 tahun hendaklah mendapat kebenaran ibu/bapa/penjaga

Zikir Munajat siri 2

Di bulan Ramadhan ni sama2 lah kita mendengar alunan2 zikir. Moga-moga dapat menyejukkan hati dan minda....InsyaAllah. Korang boleh DOWNLOAD video ni di SINI.

Iklan raya TV3 macam pelik - suratan atau kebetulan

Terkejut gak bila dengar iklan raya kat di TV3 ditarik balik sebab ada unsur2 campur aduk islam dengan agama lain. Yang menariknya ia seolah2 Islam adalah merupakan agama yang hina seperti yang digambarkan dalam iklan tersebut. Paling ketara adalah beca yang boleh terbang seolah-olah mengambarkan kenderaan santa klaus. Al-Quran yang diterbalikkan dimana muka surat berikutnya adalah gambar beca. Ada ke gambar beca dalam Al-Quran??...

Friday, September 3, 2010

Enam ratus ribu kenderaan di Kelantan pada Hari Raya

Pergh....Enam ratus ribu beb. Banyak tu...ni menunjukkan ramai rakyat kelantan diperantauan. Semua berpusu-pusu nak balik raya. Al maklumlah, orang kata (bukan saya kata) orang kelantan ni, semangat kekelantanan memang tinggi. Pegi mana2 pun mesti nak

Thursday, September 2, 2010

Datuk AC Mizal?

AC Mizal dapat Datuk? Terkejut aku dengar. Sekarang ni dah ramai artis dah dapat Datuk. Kalau nak dapat Datuk, apa kriterianye? Aku rasa kalau dah cukup syarat, aku pun nak apply..hehe. Aku pun tahu dari blog beautiful nara. Sultan pahang yang kasi. Wallahualam...