Sunday, February 28, 2010

Abang kasim ponnn ponnn.....(Raja lawak 4)

Salam to all....
Malam ni abang kasim kembali...apa pulak yang abang kasim nak wat..minggu lepas, kaw kaw abang kasim kena hentam dengan din beramboi..apa taknye, pretasi abang kasim merosot mendadak...tp peratus undian still berpihak kat abang kasim...kiranya abang kasim ni ramai peminat la...tu yang membantu abang kasim masih bertahan sampai sekarang...abang kasim kena lakukan sesuatu malam ni...ya, abang kasim mesti kembali ke tahap abang kasim yang dulu2..kalau tak, abes la abang kasim...abang kasim oh abang kasim...poon...pooonnnnnnnnnnnn.....milahhh oh milaaahhh, abang kasim panggil tue.

Monday, February 22, 2010

Pekerja mahir - orang Malaysia boleh ke?

Patut la ramai majikan suka ambil mat bangla jadi buruh diorang.
Orang Malaysia ada ke yang boleh wat camtu. kalau
ada, boleh tunjukkan. kasi panas sikit kat
penganggur2 di Malaysia.
Gaji nak banyak.
Keja memilih.
hu hu


Wednesday, February 17, 2010

Matikan enjin motor anda dulu, kalau tak........

Awas!!...jangan tiru aksi ini. Jangan tinggalkan anak anda di atas motor skuter seorang diri dengan enjin masih hidup. Aksi ini dirakam dari CCTV kat salah satu stesen minyak. Semoga jadi pengajaran kepada semua.

Monday, February 15, 2010

Peluang kedua dari UiTM

Anda tidak diterima masuk ke IPTA? result SPM hancur? putus harapan? nak keja operator kilang selama2nya? Jika anda seorang bumiputra, jangan risau. UiTM sedia beri peluang kedua kepada anda. Jangan sia2kan peluang ini. Daftarlah segera program2 peringkat sijil di UiTM. Banyak kursus yang ditawarkan, contohnya kursus pra-sains, pra-perdagangan dan sebagainya. Ini lah peluang kedua anda untuk mengubah masa depan anda. Sesungguhnya UiTM wujud untuk mengimbangi jumlah kaum melayu yang belajar di IPTA dan IPTS diseluruh Malaysia. Ini bagi membantu kaum melayu dan bumiputra untuk turut bersaing dengan kaum2 yang lain di Malaysia. Ajak ramai2 masuk UiTM, adik, kakak, sedara mara, sepupu sepapat. pakcik makcik. Mari...mari...mari...

Sunday, February 7, 2010

Pengaruh tingkahlaku ibu terhadap anak dalam kandungan

Ada 2 benda aku nak share kat sini...entri ni khas buat ibu-ibu yang mengandungi anak di dalam perut he he he....Tip ni ditulis oleh ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood dalam buku beliau 'Amalan Ibu Mengandung'.....korang mesti kenal kan ustazah ni...kalau dia cakap susah benor nak stop....cam air mengalir, tak putus-putus cakap.....oklah, 2 tip yang aku cakap tadi adalah seperti berikut:


1. IMPAK DARIPADA SIKAP IBU BAPA KETIKA IBU MENGANDUNG TERHADAP BAYI SETELAH LAHIR.
  • Ibu bapa sering bergaduh = anak menjadi ganas dan panas baran
  • Ibu bapa sering bersedekah = hati anak lembut
  • Ibu mengidam benda pelik = petanda tidak baik terhadap sikap anak
  • Ibu tidak meninggalkan solat = anak mudah mendapat hidayah
  • Ibu bermain kayu tiga = anak menjadi penderhaka dan gemar maksiat
  • Ibu sering membaca Al-Quran = dapat anak yang bijak
  • Ibu mengawal emosi = anak soleh dan sentiasa mengawal keadaan


2. ANTARA CARA PENDIDIKAN SEMASA MENGANDUNG

  • Mengamalkan solat wajib dan sunat
  • Mengamalkan zikir
  • Membaca Al-Quran
  • Mendengar muzik yang tenang
  • Membaca buku-buku ilmiah
  • Berbual dengan anak dalam kandungan
  • Menjaga adab dan emosi
  • Tidak tertekan atau stress
  • Lakukan kerja-kerja ringan di rumah sebagai senaman ringan
  • Memakan makanan yang baik dari segi zahiriah dan batiniah (halal)
  • Tidak bersifat dendam, dengki, menghasut dan sebagainya
  • Sentiasa melemparkan senyuman dan bersabar

Friday, February 5, 2010

Kasihnya ibu membawa ke syurga

Apa lagi yang nak diharapkan oleh kedua ibubapa kita selain kegembiraan untuk
dikongsi bersama anak2 dan cucu....setiap yang baik akan di balas dengan kebaikan....
jika sekarang kita menderhaka kepada mereka, percaya lah, suatu hari nanti anak kita pula
akan lakukan perkara yang sama terhadap kita....jaga lah hati mereka sementara mereka
masih hidup...menyesal kemudian tidak berguna lagi.....
hayatilah kisah seorang ibu dibawah ni...kisah ini sekadar teladan kepada kita agar kita
tidak melakukan perkara yang sama.....


Ibuku buta sebelah mata.....Aku benci ibuku… dia amat memalukan aku...Tugas harian dia
ialah memasak untuk pelajar dan guru untuk menyara keluarga kami....Pada suatu hari
semasa di sekolah rendah ibu ku datang ke sekolah untuk bertanya khabar.....Aku sungguh
malu. Mengapa dia sanggup melakukan ini kepada ku?.....Aku tidak pedulikan dia
dengan menunjukkan wajah benci kepadanya dan terus lari....Keesokkan harinya salah
seorang rakan darjah berkata, “EEEE, ibumu hanya ada satu mata!" .....Ketika itu aku
hanya ingin membenamkan diriku.....Aku juga mahu ibuku hilang dari hidupku....Oleh
itu aku berjumpa dengannya dan berkata, “Jika engkau hanya mahu menjadikan diriku
bahan ketawa, akan lebih baik awak mati saja?!!!" ....Ibuku hanya berdiam diri!!!.....Aku
tidak pun sejenak berhenti dan berfikir akan apa yang telah aku katakan kepadanya kerana
aku tengan marah ketika itu....Aku langsung tidak perdulikan akan perasaannya….Aku
ingin keluar dari rumah itu…Oleh itu aku belajar bersungguh-sungguh dan akhirnya
dapat melanjutkan pelajaran ke Singapura.....Kemudian aku berkahwin. Aku membeli
rumah sendiri dan medapat anak. Aku amat gembira dengan kehidupan ku.....Suatu hari
ibuku datang menziarahi ku. Sudah lama dia tidak berjumpa ku dan tidak pernah
berjumpa cucunya!!!!! .....Bila dia berdiri depan pintu anakku ketawa kepadanya.....Aku
menjerit kepadanya, “Sanggup engkau datang kesini dan menakutkan anakku!
"KELUAR DARI SINI SEKARANG!!!......Dengan pantas ibuku memjawap”Maaf,
Saya tersilap alamat” dan terus menghilangkan diri.......Satu hari surat jemputan
untuk perjumpaan pelajar-pelajar lama sampai ke rumah ku.....Oleh itu aku telah
memberitahu isteriku yang aku akan pergi untuk urusan perniagaan.....Selepas
perjumpaan itu, aku telah pergi kerumah usang ibuku hanya untuk ingin tahu!!!.....
Jiran memberitahu ku yang ibuku telah meninggal....Aku tidak menitis setitik
airmata pun!!....Jiran itu telah menyerahkan kepada aku sepucuk surat yang ibuku
ingin aku membacanya....
“Anakku yang dikasihi, Ibu selalu teringatkan kamu setiap masa....Ibu minta maaf
kerana datang ke Singapura dan telah menakutkan anakmu....Ibu gembira kerana kamu
akan datang ke perjumpaan pelajar-pelajar lama....Tetapi ibu mungkin tidak dapat
bangun untuk berjumpa dengan mu....Ibu minta maaf kerana sentiasa
memalukan kamu....semasa kamu sedang membesar.....Kamu mungkin tidak tahu….
semasa kamu masih kecil, kamu telah mendapat kemalangan dan hilang satu mata........
Sebagai ibu, aku tidak sanggup melihat anaknya membesar dengan satu mata....Oleh itu …
ibu memberi salah satu mata ibu kepada kamu….Ibu amat berbangga kerana anak lelaki
ku dapat melihat dunia ini dengan mata ibumu ini.

…Dengan kasih kepada mu…

…IBU KAMU…


Rasullah s.aw. Bersabda, Dia memberitahu kamu supaya taat kepada Allah dan rasulNya
sentiasa. Selepas itu taatlah kepada ibumu kemudian ibumu kemudian ibumu kemudian
ayahmu


Wednesday, February 3, 2010

Perkahwinan pelik...apa nak jadi?



korang kenal ke sapa kat dalam gambar tu??.....aku tak kenal pon....aku ambil gambar ni dalam kosmo...diorang ni artis hollywood...apa yang menarik kat sini aku nak cakap, diorang nie dah rancang nak kawin...menarik la kan, maklum la, artis nak kawin...mesti kecoh punya...tapi yang lagi kecohnya....diorang nie nak kawin tanpa seurat benang pun kat badan!!!!!....pendek kata, kawin bogel la....pastu, dah la diorang nak bogel, suruh plak suma tetamu yang datang pun bogel sekali...memang tak tau malu punya mat salleh....ok la taknak cerita panjang, korang baca la sendiri keratan kosmo 3/2/2010.....

petikan kosmo......

LOS ANGELES - Pelawak Britain, Russell Brand mahu mengahwini teman wanitanya iaitu bintang pop Katy Perry dalam keadaan bogel, lapor sebuah akhbar semalam.
Sebuah akhbar melaporkan bahawa dia turut mengidam supaya tetamu di majlis perkahwinan mereka turut hadir dalam keadaan tanpa seurat benang.
"Namun, ia bukan keputusan muktamad. Kami masih lagi berbincang mengenainya," kata Brand kepada majalah People.
"Saya dapat merasakan majlis perkahwinan yang saya idamkan itu tidak munasabah," tambahnya.
Bagaimanapun, pelawak berusia 34 tahun itu mengakui bahawa dia tidak sabar menantikan saat bahagia untuk menjadi suami Perry, 25.
"Saya akan berkahwin dengan seorang wanita cantik. Saya turut menyukai kerja saya. Apa lagi yang saya mahukan?," katanya.
Brand bertunang dengan penyanyi yang popular dengan lagu Hot N Cold itu pada bulan lalu. - Agensi