Thursday, January 28, 2010

Mesin lipat baju paling sempoi untuk orang malas macam aku

Ini ada berita baik....baik punya!!!!...bukan baik punya cilok....kepada suma surirumah2 dan yang bakal jadi surirumah tak lama lagi, boleh la try buat mesin lipat baju ni...mudah...simple...kemas...berbaloi-baloi...mesra alam....tanpa kolestrol...oops! silap..tanpa minyak...juga tanpa PIC16f84A microcontoller....gunakan tanpa was-was...dijamin halal...apa pendapat korang???

Friday, January 22, 2010

Cara-cara nak simpan data secara online - online storage

Selain kita simpan data2/document penting dalam pen drive, hardisk, ada satu lagi alternatif yang boleh kita pakai.....cara tersebut ialah secara online...contoh cam window kat atas tue..free jer....tak payah bayar pon....boleh la nak guna sebagai backup file....caranya layari https://www.drivehq.com/ . Pastu sign up...kejap jer...then dah boleh guna....

Saturday, January 16, 2010

Lagi petua untuk di kongsi

Boring2, aku pun ambek la majalah mingguan wanita kat dalam stor umah aku...sambil belek2 majalah tu, ada 1 page tu cerita pasal petua...so aku pun ambek la petua tu untuk dikongsi dalam blog nie....antara petua2 tu adalah:
1. Menyegarkan kulit muka
Ambek sebijik buah epal ijau dan dapatkan jusnya. Sapu jus kat muka dan biar selama 5-10 minit. Pastu cuci sampai bersih dan amalkan setiap hari.
2.Keluarkan angin dalam badan
Ambek 8 ulas bawang putih dan buang kulit. Sapukan kat pergelanggang tangan dan kaki. Amal 2 minggu sekali.
3.Rambut lebih lebat
Amek segenggam daun bunga raya dan 2 helai daun lidah buaya. Kisar bersama 2 cawan air kemudian sapu pada rambut dan sikat rambut agar sekata.
4.Kunyit hidup pulih selesema
Amek beberapa buku kunyit idup. Potong nipis2 dan campur dengan sikit minyak masak. Sapu pada bahagian idung, belakang serta dada.
5.Luka cepat sembuh
Amek sepatang kulit kayu manis bersama beberapa titis air. Asah atau gosok dengan batu lesung. Pastu terus sapu pada luka. Cara ni bley elak parut jadi itam gak.
6.Betik muda lembutkan tapak kaki
Amek buah betik muda dan potong hingga kuar getah. Gosok getah betik pada kaki. Biarkan kering hingga mersap pada kaki yang pecah. Pastu cuci dengan air bersih. Buat seminggu 4 kali.

Tuesday, January 12, 2010

Ada lagi bangunan tertinggi selepas Burj Khalifa, Dubai


Ingatkan Burj Khalifa lah yang paling tinggi di muka bumi ni, setinggi 828 meter. Rasanaya selepas 828 meter, takkan ada dah orang nak buat lagi tinggi. Tapi pemikiran aku meleset sama sekali. Rupanya ada lagi yang nak lawan sapa paling tinggi. Just imagine, bangunan yang baru nak buat ni setinggi 1km!!!....Korang pecaya tak?...if tak caya, aku akan buktikan dalam kosmo online hari ni (12/01/10)


(petikan kosmo)......

Percepat bina bangunan setinggi 1km
RIYADH - Seorang bilionair kerabat diraja Arab Saudi, Putera Alwaleed bin Talal semalam mengumumkan Kumpulan Kingdom Holdings miliknya kini menggiatkan usaha dalam bidang pelaburan termasuk membina sebuah bangunan menara setinggi satu kilometer (km) di bandar pelabuhan utama negara itu, Jeddah.
Pembinaan bangunan pencakar langit itu dijangka mengatasi rekod yang dipegang Burj Khalifa di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) setinggi 828 meter dan baru sahaja diisytiharkan sebagai bangunan tertinggi di dunia pada 4 Januari lalu.
Projek hartanah dekat Laut Merah, itu kata Putera Alwaleed merupakan antara projek kediaman dan komersial yang akan dibina kumpulan Kingdom Holdings dengan nilai keseluruhan dianggarkan AS$26.6 bilion (RM89.8 bilion).
Putera Alwaleed berkata, beliau akan memindahkan saham miliknya sendiri berjumlah AS$180 juta (RM608 juta) daripada gergasi perbankan Amerika Syarikat (AS), Citigroup kepada Kingdom Holdings tanpa mengenakan sebarang kos bayaran.
"Saya amat positif dengan masa depan dan sentiasa melihat kepada peluang pelaburan baru," katanya yang juga pengerusi Kingdom Holdings dan menguasai 95 peratus pegangan saham syarikat itu pada sidang akhbar di Kingdom Tower di sini.
Anak saudara pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah yang berusia 54 tahun itu berkata, Kingdom Holdings dalam rundingan untuk memajukan empat pelaburan baru terbesar tetapi beliau tidak menjelaskan sebarang butiran lanjut. - AFP

Monday, January 4, 2010

Happy new year 2010

Aku nak ucapkan happy new year 2010 walaupun dah agak terlewat sikit...sikit jer..sekarang baru 4 jan 2010....semoga maju jaya dalam semua bidang yang ingin diceburi sepanjang tahun ni..tapi sedih sikit la..isk isk isk...harga gula naik 20 sen....nak tanam tebu sendiri la kat belakang umah.....apa2pun, rumah terbakar nampak asapnye, hati terbakar siapa yang tahu...he he he( cam tak masuk jer)...