Tuesday, August 31, 2010

Selamat menyambut hari kemerdekaan ke 53-apa ertinya?

Dulu setiap kali menyambut hari kemerdekaan, pastinya orang yang melalui detik2 sebelum merdeka tidak dapat menahan sebak tatkala laungan merdeka dilaungkan. Mereka yang merasai kesusahan dan keperitan hidup pada zaman tersebut. Tapi apa yang dapat kita perhatikan pada sambutan sekarang, tiada setitik pun air mata yang menghayati erti kemerdekaan. Maklumlah generasi sekarang tidak melalui detik2 cemas orang2 yang terdahulu, maka erti kemerdekaan sebenar sudah menyimpang dari tujuan asal. Kemerdekaan disambut dengan konsert, tarian2, ada juga yang menyambut di

Monday, August 30, 2010

Antara kenakalan anak monyet dan kasih sayang mak monyet

Apa pengajaran yang kita dapat?

Wednesday, August 25, 2010

Duit raya RM500 setiap sorang hingga gred 54 untuk penjawat awam

Seperti biasa selepas buka puasa, lepak2 jap depan TV. Layan buliten utama kat tv3. Tengah baik punya dok layan, tetiba ada satu berita yang sensasi, yang suma orang pasti suka. Nak tau pe bendanye? haaa.....apa lagi, duit raya la....sapa kasi? yup betul tu...kerajaan kasi la....berapa banyak dapat? RM500 tau setiap orang....gred apa yang dapat?...Sampai gred 54 tau beb....fuh! tak sangka bley dapat angpau......Tenkiu tenkiu tenkiu....terima kasih daun keladi, kalau boleh hujung tahun nak lagi....hehe..BONUS la plak...

Monday, August 23, 2010

MENGUBAH DESTINI ANAK BANGSA - Permohonan kemasukan sesi Disember 2010 (UiTM)

Permohonan adalah dipelawa kepada bumiputra warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengikuti program di Universiti Teknologi MARA.
1. Permohonan melalui online.uitm.edu.my bermula 16 Ogos 2010 (Isnin).
2. Tarikh tutup permohonan pada 19 September 2010 (Ahad).
3. Permohonan adalah PERCUMA ( TIDAK memerlukan pembelian No. Pin dari mana-mana bank).
4. Pemohon dinasihati melayari laman web seperti di atas untuk mendapatkan maklumat lanjut sebelum membuat permohonan.

Friday, August 20, 2010

Puasa lidah di bulan Ramadhan

Hadith:
Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Apabila seseorang kamu berpuasa, janganlah ia bercakap perkara-perkara yang kotor dan sia-sia, dilarang juga bertengkar dan memaki hamun. Apabila ia dimaki hamun oleh seseorang atau pun diajak bermusuhan maka hendaklah ia berkata, "Sesungguhnya aku berpuasa hari ini"
(al-Bukhari dan Muslim)

Wednesday, August 18, 2010

Jam terbesar di dunia berada di Mekah

Jam terbesar - senang nak tengok dari jauh.
subahanallah, Allah mengilhamkan manusia untuk jadikan yang mustahil dapat dizahirkan.