Monday, March 21, 2011

Kiamat? Benarkah Ramalan-Ramalan yang kita dengar

Sama-sama kita fikirkan artikel dibawah....
(Petikan artikel tulisan Hfizahril Hamid di M2, Mingguan Malaysia 20.03.2011)
Dunia penghujung zaman?Oleh Hafizahril Hamid
KEJADIAN tsunami dahsyat di Jepun telah membuat manusia beranggapan apakah peristiwa sebegini membawa petanda dunia kini semakin sampai ke penghujungnya.
--------------------------------------------------------------------------------
TSUNAMI yang berasal dari perkataan Jepun bermaksud "ombak gergasi" sudah cukup untuk menggerunkan sesiapa sahaja yang mendengarnya. Tiada sesiapa yang boleh mempertikaikan kemampuannya untuk memusnahkan apa saja yang berada di hadapannya.Sehinggakan manusia semakin terfikir apakah fenomena tsunami yang melanda dunia, yang dilihat lebih kerap adalah hanya satu lagi fitrah alam atau apakah ia angkara petanda kemarahan alam terhadap kerakusan manusia itu sendiri?Melihat kepada tragedi tsunami yang melanda Jepun pada tanggal 11 Mac lepas memang mengerikan namun ia bukanlah sesuatu yang baru di negara matahari terbit itu.Akibatnya ramai yang mula beranggapan apakah peristiwa tsunami sebegini membawa petanda apakah dunia kini semakin sampai ke penghujungnya.Dunia sudah dilanda dua kejadian tsunami besar dalam tahun millennium baru dan semakin ramai yang terpengaruh dengan ramalan kiamat dan kemusnahan total pada 2012.Melihat kepada telahan umum ramai yang beranggapan tahun 2012 adalah tahun di mana satu bencana besar akan berlaku malah ada yang begitu yakin kiamat akan melanda manusia pada tahun tersebut.

Friday, March 18, 2011

Gambar-gambar tsunami di Jepun 2011

Berikut adalah rentetan gambar-gambar tsunami yang melanda Jepun baru-baru ini. Kemusnahan yang berlaku pada skala besar di mana Allah hanya menggerakkan sikit sahaja buminya dan disusuli oleh gerakkan ombak ganas menghempas pantai Jepun. Bayangkan jika Kiamat berlaku, ke mana kita akan lari, bolehkah kita lari dari hari kiamat sebagai mana usaha-usaha oleh barat mencari planet lain jika berlaku kiamat. Kiamat pasti akan tiba. Gempa bumi dan tsunami hanyalah bunga-bunga kiamat yang diturunkan Allah sebagai peringatan kepada umat manusia khususnya orang Islam.

**klik read more untuk lihat gambar seterusnya...........