Thursday, April 29, 2010

Iklan jawatan kosong UiTM

BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA


Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia daripada lulusan UiTM yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan kontrak di Kampus Shah Alam dan Cawangan bagi memenuhi Wawasan 2020 Negara.

I. JAWATAN

JAWATAN = PEGAWAI EKSEKUTIF
GRED = N27
STATUS JAWATAN = Kontrak
SKIM PERKHIDMATAN = Penolong Pegawai Tadbir


JADUAL GAJI
P1T1 RM1204.55 - P1T26 RM3027.10

P2T1 RM1274.13 - P2T26 RM3213.25

P3T1 RM1346.73 - P3T26 RM3405.26


II. SYARAT LANTIKAN

PEGAWAI EKSEKUTIF (GRED N27)

1. Calon bagi lantikan memiliki kelayakan seperti berikut :

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;

Atau

(ii) diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred N27: P1T5); dan

(d) kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


III. PERHATIAN KEPADA PEMOHON

a. Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan dengan salinan rekod perkhidmatan yang dikemaskini.

b. Hanya permohonan yang ditapis-senarai akan dipanggil untuk temu duga.

c. Setiap permohonan MESTILAH disertakan dengan salinan sijil-sijil yang telah DISAHKAN.

d. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan daripada pihak universiti selepas tiga (3) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka TIDAK BERJAYA.

e. Pemohon-pemohon mestilah bersedia untuk berkhidmat di kampus-kampus cawangan.

IV. CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN

Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA yang boleh diperoleh dengan melayari laman web HEP di http://hep1.uitm.edu.my/ dan juga boleh didapati sendiri di Pejabat Pentadbiran HEP, Aras 4 Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin.


Tarikh tutup permohonan ialah pada hari Isnin, 10 Mei 2010

Sila kemukakan permohonan kepada :

KETUA TIMBALAN PENDAFTAR
BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI
ARAS 4, BANGUNAN CANSELERI TUANKU SYED SIRAJUDDIN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
40450 SHAH ALAM
SELANGOR DARUL EHSAN

NO.TEL : (03) 5544 3523/ (03) 55443222

No comments:

Post a Comment