Tuesday, June 1, 2010

Konvoi ke Gaza kena serang dengan Israel

Kejam, kejam, kejam dan sangat kejam. Begitulah gambaran yang aku nak kasi kat Israel. Bunuh orang dah jadi cam makan nasi, dah selalu sangat. Dah takde rasa belas kasihan langsung sesama manusia. Satu dunia tahu konvoi ke Gaza bawa bahan-bahan makanan, perubatan, bahan binaan. Tapi yang peliknya, israel masih nak serang konvoi tu. Ramai yang mati dalam accident tu. Sapa yang mampu nak lawan komando yang lengkap bersenjata sedangkan aktivis yang atas kapal satu habuk pun takde senjata. Kenapa lah dunia masih berdiam diri, yang ada cuma "kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan israel". Adakah ayat tu dapat menyekat kekejaman israel? Tidak sama sekali!!! Tapi hakikatnya, itu lah yang sentiasa dibuat oleh peminpin dunia. Mana negara-negara Arab? kenapa tak bersatu? Mana negara-negara Islam? kenapa tak bersatu? Dulu israel menumpang je dibumi Palestin. Ada la palestin kasi tanah sekangkang kera kat diorang sebab kesian kat diorang. Tapi sekarang ni, israel nak rampas semua tanah palestin. Misi untuk melenyapkan Palestin di atas peta dunia. Bagi rakyat biasa yang macam aku ni, apa yang termampu hanya berdoa semoga segala urusan dipermudahkan. Bagi yang ada kuasa (pemimpin2), fikirkan lah cara penyelesaian terbaik kerana anda ada kuasa untuk mengerakkan keamanan......wasallam

1 comment:

  1. owh..sy turut marah dgn hal in..tu la..asal dengar ayat " saya mengutuk sekeras-kerasnya pernuatan israel!!!'" dlm ati sy..erk..ada kesan ker?berhenti ker kekejaman dorang? kita nak buat apa selain memandang@menonton berita pasal kekejama dorg ni...huhu...pemimpin cuma tahu kempen ayat gtu aje la...menci...hoho..sy terlalu emo la pula..salam kenalan dr eryati

    ReplyDelete