Tuesday, August 31, 2010

Selamat menyambut hari kemerdekaan ke 53-apa ertinya?

Dulu setiap kali menyambut hari kemerdekaan, pastinya orang yang melalui detik2 sebelum merdeka tidak dapat menahan sebak tatkala laungan merdeka dilaungkan. Mereka yang merasai kesusahan dan keperitan hidup pada zaman tersebut. Tapi apa yang dapat kita perhatikan pada sambutan sekarang, tiada setitik pun air mata yang menghayati erti kemerdekaan. Maklumlah generasi sekarang tidak melalui detik2 cemas orang2 yang terdahulu, maka erti kemerdekaan sebenar sudah menyimpang dari tujuan asal. Kemerdekaan disambut dengan konsert, tarian2, ada juga yang menyambut di kelab2 malam. Artis2 mendapat durian runtuh apabila diundang menhadiri konsert2. Anak2 muda berseronok dirumah2 urut, ditangkap dalam keadaan bogel dan sangat memalukan. Boleh dikatakan setiap hari isu rumah2 urut disajikan kepada kita yang melambangkan bertapa maruah berada ditahap yang paling hina. Artis pun sudah pandai buat 'filem lucah' sendiri umpamanya, ariel peterporn bersama dua kekasihnya luna maya dan cut tari. Juga tidak ketinggalan artis malaysia suatu ketika dulu, Wan Nor Azlin dengan pasangannya. Apabila 'ikon' yang menjadi idola muda mudi mendedahkan tabiat buruk mereka, maka ia akan menjadi ikutan lalu menyebabkan terjadinya gejala2 sosial yang sukar dibendung umpamanya kes buang bayi yang menjadi-jadi sekarang ini. Apa erti kemerdekaan??..Tidak hairanlah jika statistik menunjukkan enjin carian yang berasaskan 'bogel' merupakan ranking tertinggi seperti yang dapat kita lihat dalam gambar. Oleh itu, tiada cara yang paling berkesan untuk membendung perkara ini dari terus menjadi parah dan bernanah melainkan mengembalikan generasi sekarang kepada agama dan bagi umat islam tentunya kembali mengabdikan diri kepada Allah swt. Institusi pendidikan seperti Universiti Teknologi MARA (UiTM) memainkan peranan penting untuk memberi kesedaran bertapa erti kemerdekaan perlu dihayati dengan sebaiknya agar kita tidak mudah lupa pada sejarah dan tidak lupa diri bahawa siapakah sebenarnya kita dibumi Malaysia yang tercinta ini. Marilah kita sama2 menghayati erti kemerdekaan yang sebenar, bersemangat cintakan tanah air dan jangan biarkan Malaysia dijajah lagi tak kira dalam bentuk apapun.

No comments:

Post a Comment