Saturday, October 16, 2010

Ada apa dengan bajet 2011

Bajet 2011 telah dibentangkan oleh perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Antara kandungan bajet 2011 adalah seperti berikut:
1. Bantuan khas RM500 kepada penjawat awam gred 54 ke bawah (tetap, kontrak, pesara) akan dibayar pada bulan Disember.
2. Cuti bersalin bergaji penuh 90 hari untuk penjawat awam
3. Elaun pengerusi JKKK, JKKP, tok batin, JKKK orang asli dan pengerusi kampung baru dinaikkan RM800 sebulan berbanding RM450 sekarang.
4. Elaun imam naik daripada RM450 kepada RM750 sebulan dan elaun bulanan guru KAFA naik daripada RM500 kepada RM800.
5. Gaji pokok pengawal keselamatan naik RM500 hingga RM700 sebulan mulai januari 2011.
6. Menubuhkan majlis konsultasi gaji negara sebagai platfrom penetapan gaji dan pengenalan gaji minimum mulai januari 2011.
7. Pelepasan cukai perubatan ibu bapa sehingga RM5000.
8. Pengecualian cukai jualan ke atas semua jenis telefon bimbit.
9. Pemansuhan duti import 300 barangan kegermaran pelancong dan rakyat tempatan sehingga 30%.
10. Pinjaman 100% tanpa deposit kepada pembeli rumah pertama yang berpendapatan kurang RM3000.
11. Menara warisan merdeka setinggi 100 tingkat bernilai RM5 bilion akan dibina di kawasan stadium merdeka dan stadium negara yang dijangka siap 2015.
12. Tiada kenaikan tol diempat lebuh raya PLUS selama 5 tahun.
13. Elaun kehadiran mesyuarat ahli JKKK dan JKKP naik dari RM30 ke RM50.
14. Pengecualian duti eksais 100% ke atas kenderaan nasional yang dibeli OKU.
15. Cukai perkhidmatan akan dikenakan ke atas perkhidmatan siaran TV berbayar.
16. Kadar cukai perkhidmatan dinaikkan dari 1% ke 6% untuk jaminan masa depan negara.
17. Peruntukan RM212 bilion iaitu 2.8% lebih tinggi berbanding bajet 2010.
18. Peruntukan pembanguan RM6.4 bilion untuk kementerian pelajaran membina dan menaik taraf sekolah, asrama, kemudahan dan peralatan serta memartabatkan guru.
19. RM213 juta bagi mengangkat tinggi penguasaan B. Malaysia, B. Inggeris dalam memperkemaskan kurikulum sekolah rendah.
20. Menaikkan kadar pinjaman perumahan kakitangan awam kepada RM20000 untuk kerja2 tambahan rumah kos rendah bagi kumpulan sokongan dua.
21. Menaikkan had kelayakan maksimum pinjaman perumahan kakitangan awam kepada RM450000.
22. Melaksanakan program latihan 1Malaysia dengan peruntukan RM500 juta di kolej komuniti, IKBN, ILP dan pusat giat MARA.
23. Peruntukan RM500 juta untuk projek penyelenggaraan aset awan bagi membantu kontraktor kelas F.
24. RM850 juta bagi menyediakan infrastruktur sokongan untuk mempercepatkan pembangunan koridor dan wilayah.
25. RM411 juta untuk melonjak ekonomi ke arah sebuah negara berpendapatan tinggi, aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan sebagai landasan peningkatan aktiviti nilai tambah dalam setipa bidang ekonomi.
26. Penubuhan unit inovasi khas (UNIK) dibawah jabatan perdana menteri dengan peruntukan RM71 juta bagi tahun depan untuk mengkomersialkan hasil penemuan R&D oleh universiti dan institusi penyelidikan.
27. RM200 juta untuk perolehan hasil kretif seperti filem, drama dan dokumentari keluaran tempatan yang berkualiti tinggi.
28. Melancarkan dana pencen swasta.
29. Melancarkan skim amanah hartanah bumiputra bernilai RM1 bilion dan patuh syariah.
30. Suruhanjaya sekuriti akan menawarkan tawar lesen broker saham baru kepada syarikat tempatan dan asing.
31. Bursa Malaysia akan melancarkan sukuk dan bon runcit.
32. Dana permulaan perniagaan bernilai RM100 juta untuk mengalakkan industri modal teroka.
33. Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) boleh melabur sehingga 20% daripada jumlah aset yang diurus berbanding tujuh peratus sebelum ini.
34. Permodalan nasional berhad bina menara 100 tingkat berharga RM5 bilion.
35. Koridor dan wilayah ekonomi dapat RM850 juta bagi infrastruktur sokongan untuk industri yang mempunyai kelebihan daya saing dan mempunyai impak tinggi.
36. RM857 juta diberi pada syarikat tempatan yang melabur didalam sektor elektrik dan elektronik.
37. Pengurangan cukai bagi perbelanjaan untuk penerbitan sekuriti islam yang menggunakan pronsip murabahah dan bai' bithaman ajil berasakan tawarruq.
38. Skim amanah hartanah bumiputra dilancar dengan saiz bernilai RM1 bilion.
39. Malaysian technology development corporation (MTDC) diberi dana permulaan perniagaan berjumlah RM100 juta.
40. Cukai perkhidmatan dinaik kepada enam peratus berbanding lima peratus sebelum ini, bermula 1 januari 2011.
41. Bursa Malaysia akan membangunkan papan antarabangsa.

No comments:

Post a Comment