Tuesday, January 12, 2010

Ada lagi bangunan tertinggi selepas Burj Khalifa, Dubai


Ingatkan Burj Khalifa lah yang paling tinggi di muka bumi ni, setinggi 828 meter. Rasanaya selepas 828 meter, takkan ada dah orang nak buat lagi tinggi. Tapi pemikiran aku meleset sama sekali. Rupanya ada lagi yang nak lawan sapa paling tinggi. Just imagine, bangunan yang baru nak buat ni setinggi 1km!!!....Korang pecaya tak?...if tak caya, aku akan buktikan dalam kosmo online hari ni (12/01/10)


(petikan kosmo)......

Percepat bina bangunan setinggi 1km
RIYADH - Seorang bilionair kerabat diraja Arab Saudi, Putera Alwaleed bin Talal semalam mengumumkan Kumpulan Kingdom Holdings miliknya kini menggiatkan usaha dalam bidang pelaburan termasuk membina sebuah bangunan menara setinggi satu kilometer (km) di bandar pelabuhan utama negara itu, Jeddah.
Pembinaan bangunan pencakar langit itu dijangka mengatasi rekod yang dipegang Burj Khalifa di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) setinggi 828 meter dan baru sahaja diisytiharkan sebagai bangunan tertinggi di dunia pada 4 Januari lalu.
Projek hartanah dekat Laut Merah, itu kata Putera Alwaleed merupakan antara projek kediaman dan komersial yang akan dibina kumpulan Kingdom Holdings dengan nilai keseluruhan dianggarkan AS$26.6 bilion (RM89.8 bilion).
Putera Alwaleed berkata, beliau akan memindahkan saham miliknya sendiri berjumlah AS$180 juta (RM608 juta) daripada gergasi perbankan Amerika Syarikat (AS), Citigroup kepada Kingdom Holdings tanpa mengenakan sebarang kos bayaran.
"Saya amat positif dengan masa depan dan sentiasa melihat kepada peluang pelaburan baru," katanya yang juga pengerusi Kingdom Holdings dan menguasai 95 peratus pegangan saham syarikat itu pada sidang akhbar di Kingdom Tower di sini.
Anak saudara pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah yang berusia 54 tahun itu berkata, Kingdom Holdings dalam rundingan untuk memajukan empat pelaburan baru terbesar tetapi beliau tidak menjelaskan sebarang butiran lanjut. - AFP

No comments:

Post a Comment