Friday, February 5, 2010

Kasihnya ibu membawa ke syurga

Apa lagi yang nak diharapkan oleh kedua ibubapa kita selain kegembiraan untuk
dikongsi bersama anak2 dan cucu....setiap yang baik akan di balas dengan kebaikan....
jika sekarang kita menderhaka kepada mereka, percaya lah, suatu hari nanti anak kita pula
akan lakukan perkara yang sama terhadap kita....jaga lah hati mereka sementara mereka
masih hidup...menyesal kemudian tidak berguna lagi.....
hayatilah kisah seorang ibu dibawah ni...kisah ini sekadar teladan kepada kita agar kita
tidak melakukan perkara yang sama.....


Ibuku buta sebelah mata.....Aku benci ibuku… dia amat memalukan aku...Tugas harian dia
ialah memasak untuk pelajar dan guru untuk menyara keluarga kami....Pada suatu hari
semasa di sekolah rendah ibu ku datang ke sekolah untuk bertanya khabar.....Aku sungguh
malu. Mengapa dia sanggup melakukan ini kepada ku?.....Aku tidak pedulikan dia
dengan menunjukkan wajah benci kepadanya dan terus lari....Keesokkan harinya salah
seorang rakan darjah berkata, “EEEE, ibumu hanya ada satu mata!" .....Ketika itu aku
hanya ingin membenamkan diriku.....Aku juga mahu ibuku hilang dari hidupku....Oleh
itu aku berjumpa dengannya dan berkata, “Jika engkau hanya mahu menjadikan diriku
bahan ketawa, akan lebih baik awak mati saja?!!!" ....Ibuku hanya berdiam diri!!!.....Aku
tidak pun sejenak berhenti dan berfikir akan apa yang telah aku katakan kepadanya kerana
aku tengan marah ketika itu....Aku langsung tidak perdulikan akan perasaannya….Aku
ingin keluar dari rumah itu…Oleh itu aku belajar bersungguh-sungguh dan akhirnya
dapat melanjutkan pelajaran ke Singapura.....Kemudian aku berkahwin. Aku membeli
rumah sendiri dan medapat anak. Aku amat gembira dengan kehidupan ku.....Suatu hari
ibuku datang menziarahi ku. Sudah lama dia tidak berjumpa ku dan tidak pernah
berjumpa cucunya!!!!! .....Bila dia berdiri depan pintu anakku ketawa kepadanya.....Aku
menjerit kepadanya, “Sanggup engkau datang kesini dan menakutkan anakku!
"KELUAR DARI SINI SEKARANG!!!......Dengan pantas ibuku memjawap”Maaf,
Saya tersilap alamat” dan terus menghilangkan diri.......Satu hari surat jemputan
untuk perjumpaan pelajar-pelajar lama sampai ke rumah ku.....Oleh itu aku telah
memberitahu isteriku yang aku akan pergi untuk urusan perniagaan.....Selepas
perjumpaan itu, aku telah pergi kerumah usang ibuku hanya untuk ingin tahu!!!.....
Jiran memberitahu ku yang ibuku telah meninggal....Aku tidak menitis setitik
airmata pun!!....Jiran itu telah menyerahkan kepada aku sepucuk surat yang ibuku
ingin aku membacanya....
“Anakku yang dikasihi, Ibu selalu teringatkan kamu setiap masa....Ibu minta maaf
kerana datang ke Singapura dan telah menakutkan anakmu....Ibu gembira kerana kamu
akan datang ke perjumpaan pelajar-pelajar lama....Tetapi ibu mungkin tidak dapat
bangun untuk berjumpa dengan mu....Ibu minta maaf kerana sentiasa
memalukan kamu....semasa kamu sedang membesar.....Kamu mungkin tidak tahu….
semasa kamu masih kecil, kamu telah mendapat kemalangan dan hilang satu mata........
Sebagai ibu, aku tidak sanggup melihat anaknya membesar dengan satu mata....Oleh itu …
ibu memberi salah satu mata ibu kepada kamu….Ibu amat berbangga kerana anak lelaki
ku dapat melihat dunia ini dengan mata ibumu ini.

…Dengan kasih kepada mu…

…IBU KAMU…


Rasullah s.aw. Bersabda, Dia memberitahu kamu supaya taat kepada Allah dan rasulNya
sentiasa. Selepas itu taatlah kepada ibumu kemudian ibumu kemudian ibumu kemudian
ayahmu


No comments:

Post a Comment