Wednesday, February 3, 2010

Perkahwinan pelik...apa nak jadi?



korang kenal ke sapa kat dalam gambar tu??.....aku tak kenal pon....aku ambil gambar ni dalam kosmo...diorang ni artis hollywood...apa yang menarik kat sini aku nak cakap, diorang nie dah rancang nak kawin...menarik la kan, maklum la, artis nak kawin...mesti kecoh punya...tapi yang lagi kecohnya....diorang nie nak kawin tanpa seurat benang pun kat badan!!!!!....pendek kata, kawin bogel la....pastu, dah la diorang nak bogel, suruh plak suma tetamu yang datang pun bogel sekali...memang tak tau malu punya mat salleh....ok la taknak cerita panjang, korang baca la sendiri keratan kosmo 3/2/2010.....

petikan kosmo......

LOS ANGELES - Pelawak Britain, Russell Brand mahu mengahwini teman wanitanya iaitu bintang pop Katy Perry dalam keadaan bogel, lapor sebuah akhbar semalam.
Sebuah akhbar melaporkan bahawa dia turut mengidam supaya tetamu di majlis perkahwinan mereka turut hadir dalam keadaan tanpa seurat benang.
"Namun, ia bukan keputusan muktamad. Kami masih lagi berbincang mengenainya," kata Brand kepada majalah People.
"Saya dapat merasakan majlis perkahwinan yang saya idamkan itu tidak munasabah," tambahnya.
Bagaimanapun, pelawak berusia 34 tahun itu mengakui bahawa dia tidak sabar menantikan saat bahagia untuk menjadi suami Perry, 25.
"Saya akan berkahwin dengan seorang wanita cantik. Saya turut menyukai kerja saya. Apa lagi yang saya mahukan?," katanya.
Brand bertunang dengan penyanyi yang popular dengan lagu Hot N Cold itu pada bulan lalu. - Agensi


2 comments:

  1. xde akal gamaknya...budus...dah kembali zaman mesolitik kut

    ReplyDelete