Sunday, February 7, 2010

Pengaruh tingkahlaku ibu terhadap anak dalam kandungan

Ada 2 benda aku nak share kat sini...entri ni khas buat ibu-ibu yang mengandungi anak di dalam perut he he he....Tip ni ditulis oleh ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood dalam buku beliau 'Amalan Ibu Mengandung'.....korang mesti kenal kan ustazah ni...kalau dia cakap susah benor nak stop....cam air mengalir, tak putus-putus cakap.....oklah, 2 tip yang aku cakap tadi adalah seperti berikut:


1. IMPAK DARIPADA SIKAP IBU BAPA KETIKA IBU MENGANDUNG TERHADAP BAYI SETELAH LAHIR.
  • Ibu bapa sering bergaduh = anak menjadi ganas dan panas baran
  • Ibu bapa sering bersedekah = hati anak lembut
  • Ibu mengidam benda pelik = petanda tidak baik terhadap sikap anak
  • Ibu tidak meninggalkan solat = anak mudah mendapat hidayah
  • Ibu bermain kayu tiga = anak menjadi penderhaka dan gemar maksiat
  • Ibu sering membaca Al-Quran = dapat anak yang bijak
  • Ibu mengawal emosi = anak soleh dan sentiasa mengawal keadaan


2. ANTARA CARA PENDIDIKAN SEMASA MENGANDUNG

  • Mengamalkan solat wajib dan sunat
  • Mengamalkan zikir
  • Membaca Al-Quran
  • Mendengar muzik yang tenang
  • Membaca buku-buku ilmiah
  • Berbual dengan anak dalam kandungan
  • Menjaga adab dan emosi
  • Tidak tertekan atau stress
  • Lakukan kerja-kerja ringan di rumah sebagai senaman ringan
  • Memakan makanan yang baik dari segi zahiriah dan batiniah (halal)
  • Tidak bersifat dendam, dengki, menghasut dan sebagainya
  • Sentiasa melemparkan senyuman dan bersabar

5 comments: