Thursday, September 16, 2010

Pendapatan lumayan bersama nuffnang - artikel dalam KOSMO!

Ini merupakan petikan artikel berkaitan dengan nuffnang di KOSMO. Kebanyakkan blogger tegar memperoleh pendapatan lumayan dari nuffnang. Namun begitu, kenalkah kita siapa pengasasnya? Kalau nak tau sapa dia, sila baca petikan KOSMO di bawah (tapi aku ambil sikit je artikel dari KOSMO, selebihnya kena beli sendiri KOSMO...hehe).

Timothy Tiah, Pengarah Urusan Nuffnang Sdn Bhd
Sebut sahaja nuffnang, mustahil jenama komuniti pengiklanan blog tidak dikenali oleh blogger-blogger di seluruh Malaysia. Tidak hairan juga jenama itu amat dikenali di negara-negara jiran terutama Singapura, Australia dan Filipina.
Sumbangan nuffnang amat besar buat komuniti blogger yang menjadikan jenama itu sebagai platform untuk menjana pendapatan sampingan yang lumayan. Tidak keterlaluan jika dikatakan pendapatan yang diperoleh daripada nuffnang adakalanya melebihi pendapatan pekerjaan tetap.
Iklan-iklan daripada nuffnang yang merupakan komuniti pengiklanan blog pertama Asia Pasifik kini boleh dilihat di lebih 100000 buah blog oleh lebih tiga juta orang setiap hari.
Ia membenarkan pengiklan untuk memaparkan iklan grafik dan video di blog-blog dalam pelbagai genre. Kejayaan nuffnang kini dapat dilihat melalui pembangunan pejabatnya di empat buah negara iaitu Malaysia, Singapura, Filipina dan Australia.
Menarik tentang syarikat nuffnang Sdn. Bhd. yang terletak di Kuala Lumpur, ia diteraju jejaka yang baru berusia 26 tahun. Timothy Tiah, sebagai pengarah urusan, turut meneraju cawangan nuffnang bersama pengasas bersama, Cheo Ming Shen yang kini menguruskan pejabat di Singapura.
Menurut Timothy, blogger mampu menjana pendapatan lumayan berdasarkan jumlah pelawat blog. Semakin tinggi jumlah pelawat semakin tinggi pendapatan sehingga mampu mencapai puluhan ribu ringgit dalam masa sebulan.
"Kami menguruskan iklan-iklan yang akan dipaparkan dalam blog yang berdaftar tanpa mengenakan bayaran kepada blogger. Blogger hanya perlu menjalankan kerja editorial untuk iklan masing-masing bagi menjana pendapatan.
"Selain itu, kami juga menganjurkan majlis-majlis untuk blogger seperti tayangan filem, seminar, bengkel, parti dan sebagainya untuk merapatkan hubungan sesama komuniti blogger di bawah nuffnang," katanya.

No comments:

Post a Comment