Friday, September 24, 2010

Tawaran meneruskan pengajian secara pendidikan luar kampus UiTM

Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon BUMIPUTERA WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan dan sedang bekerja untuk mengikuti program-program di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Kampus Pulau Pinang di Permatang Pauh, Seberang Perai melalui Program Pengajian Luar Kampus (PLK) seperti berikut:

KOD PROGRAM DAN NAMA PROGRAM
BM111 Diploma Pengajian Perniagaan
BM117 Diploma Pengajian Perniagaan (Pengangkutan)
BM220 Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian (Pemasaran)

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN
Syarat-syarat kemasukan secara terperinci boleh didapati melalui laman web Aplikasi Elektronik UiTM http://www.uitmonline.edu.my/.
Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) di http://ined.uitm.edu.my/ atau secara mengisi borang yang boleh diperolehi di Pejabat PLK, UiTM Pulau Pinang. Pemohon dikehendaki melengkapkan butiran yang diperlukan dan mencetak borang permohonan tersebut dan menghantar SALINAN PERMOHONAN DAN DOKUMEN yang telah disahkan kepada : Pengarah, Universiti Teknologi MARA, Jalan Permatang Pauh, 13500 Permatang Pauh, Seberang Perai. Untuk Perhatian : Pusat Pengajian Luar Kampus.

Salinan Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut :
• Salinan Kad Pengenalan - pemohon, ibu dan bapa
• Salinan Sijil Kelahiran - pemohon , ibu dan bapa
•Salinan Keputusan SPM (bagi program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda)
•Salinan Keputusan STPM / setaraf jika berkenaan
•Salinan Transkrip Diploma/Ijazah
•Salinan Sijil-sijil yang berkaitan

TARIKH TUTUP PERMOHONAN adalah pada Oktober 2010

Keputusan permohonan boleh disemak melalui laman web UiTM. Sila cetak surat tawaran melalui laman web yang dinayatakan. Pemohon yang tidak menerima apa-apa maklumat dari UiTM, sama ada berjaya atau tidak, selepas 3 bulan dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya. Tiada surat menyurat akan dibuat mengenainya.

Calon-calon yang tidak berjaya dan ingin membuat rayuan perlulah dibuat secara atas talian (on-line) melalui laman web UiTM dalam tempoh 10 (sepuluh) hari bekerja selepas keputusan berjaya atau tidak berjaya diumumkan.

MAKLUMAT PENTING
Kuliah Akademik akan diadakan pada sesi petang bermula Jam 6.00 petang . Tempat kuliah dijalankan ialah di Blok Akademik, Bandar Perda, Seberang Perai.

No. Talian yang boleh dihubungi : 04-5402447 / 04-5402448 Fax : 04-5402444 UiTM Pulau Pinang
Atau e-mail : razak6013@ppinang.uitm.edu.my / Koordinator PLK : Abd Razak Hj Shariff 013-3405722

2 comments:

  1. nak tanya..pngajian perniagaan pangagkutan kat semua branch uitm ka ada course tu?

    ReplyDelete
  2. Macam mana nak apply pengajian luar kampus dalam bidang ijazah mekanikal di sini

    ReplyDelete