Tuesday, September 14, 2010

Kronologi pembunuhan Datuk Sosilawati, pegawai bank, peguam dan pemandu

-6 September 2010-
Media melaporkan Datuk Sosilawati Lawiya, 47, hilang sejak 30 ogos lalu selepas urus niaga pembelian tanah di banting bersama peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, pegawai bank CIMB, Noorhisham Mohammad, 38 dan pemandunya, Kamaruddin Shansuddin, 44. Sosilawati dikatakan membawa RM4 juta bersamanya.
-7 September 2010-
Dua kereta BMW masing-masing dengan nombor pendaftaran WTL11 dan AAJ5 milik Sosilawati dan Ahmad Kamil ditemui. Kereta Sosilawati ditemui di apartment Angsana, Taman Subang Mewah, Subang Jaya manakala kereta Ahmad Kamil ditemui dihadapan hotel Dorsett di SS12 Subang Jaya. Keluarga Sosilawati menafikan mangsa membawa RM4 juta.
-8 September 2010-
Polis melaporkan Sosilawati dan tiga individu lain masih dalam negara. Sosilawati mengunjungi kedai Fazz enterprise kerepak House di kampung Sungai Lang, banting pada jam 4 petang, 30 Ogas lalu. Noorhisham pula menghubungi isterinya untuk memaklumkan beliau tidak dapat pulang melalui telefon pada malam 30 ogos.
-9 September 2010-
Media melaporkan Sosilawati disembunyikan dilokasi rahsia oleh kumpulan tertentu kerana perselisihan perniagaan dan kewangan.
-10 September 2010-
Kehilangan Sosilawati dilaporkan didalangi oleh seorang ahli perniagaan bergelar Datuk. Polis menahan 5 suspek berhubung kehilangan empat mangsa tersebut.
-11 September 2010-
Polis menemui lokasi empat mangsa itu dibunuh dan mayat mereka dibakar disebuah ladang di Teluk Gadong berhampiran Tanjung Sepat, Banting. Polis menahan ahli perniagaan bergelar Datuk dan adiknya. Polis mengesahkan Sosilawati, Ahmad Kamil, Noorhisham dan Kamaruddin dipukul sampai mati, mayat mereka dibakar diladang gadong sebelum abunya dibuang di dalam sungai. Polis menahan remaja berusia 19 tahun.
sumber : berita harian

No comments:

Post a Comment