
Sudah 9 tahun accident serangan 11 September berlaku. Namun sampai sekarang ianya masih menjadi dendam barat terhadap umat Islam. Tapak WTC sekarang telah dicadangkan untuk membina bangunan tapak warisan Islam menambahkan lagi kemarahan dihati mereka. Terbaru, Sebuah gereja kecil di Amerika Syarikat, telah menganjurkan 'international a quran burn day' dimana mereka akan membakar beratus-ratus al-quran sebagai memperingati serangan 11 September 2001. Hasrat mereka itu telah mendapat tentangan hebat umat Islam seluruh dunia, namum mereka tetap berhasrat untuk meneruskan juga aktiviti yang tidak bermoral tersebut.
Sebenarnya, apa yang berlaku adalah propaganda pihak barat, terutamanya pengikut fahaman kristian untuk memecah belahkan dan menghapuskan umat Islam. Seperti pendapat mantan perdana menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir di dalam blognya, serangan 11 September itu telah dirancang rapi untuk menyalahkan orang islam. Menurut Tun Dr Mahathir, masyarakat di AS sendiri turut mempersoalkan tragedi itu dan meragui bangunan pusat dagangan dunia terbabit musnah akibat rempuhan kapal terbang atau ada perkara lain yang menyebabkan runtuhan itu. Untuk mengetahui lebih lanjut pendapat yang disuarakan oleh matan perdana menteri tersebut, anda boleh baca keseluruhan artikel di blog beliau iaitu che dat.
No comments:
Post a Comment