Friday, September 3, 2010

Enam ratus ribu kenderaan di Kelantan pada Hari Raya

Pergh....Enam ratus ribu beb. Banyak tu...ni menunjukkan ramai rakyat kelantan diperantauan. Semua berpusu-pusu nak balik raya. Al maklumlah, orang kata (bukan saya kata) orang kelantan ni, semangat kekelantanan memang tinggi. Pegi mana2 pun mesti nak tunjuk identiti diorang sebagai orang kelantan. Data ni dikeluarkan oleh JPJ seperti dalam berita dibawah ni:
JELI: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan menjangka lebih 600,000 kenderaan akan memenuhi jalan raya di negeri itu serta bakal menimbulkan masalah kesesakan di jalan utama semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti. Pengarahnya, Abdul Ghani Che Kassim, berkata anggaran itu berdasarkan jumlah kemasukan kenderaan luar serta jumlah kenderaan yang didaftarkan di Kelantan.
"JPJ merekodkan 600,000 kenderaan didaftarkan di negeri ini. Kita menjangkakan penambahan 30 peratus hingga ke 40 peratus kenderaan dari luar. Ia akan menyebabkan kesesakan jalan raya di negeri ini terutama apabila hampir musim raya ini," katanya kepada pemberita di sini malam tadi.
Beliau berkata, bagi menghadapi sebarang kemungkinan, pihaknya menempatkan 150 anggota penguatkuasa untuk mengawal dan meronda kawasan berisiko tinggi kemalangan di sepanjang Jalan Kuala Krai-Gua Musang pada musim perayaan ini. Katanya, gerakan itu dijalankan serentak dengan Ops Sikap ke-22 yang bermula hari ini hingga 19 September. Beliau berkata, antara kawasan tumpuan gerakan ialah di 13 lokasi yang telah dikenal pasti kerap berlaku kemalangan serta dikenali "jalan sakratulmaut".

2 comments: