Monday, September 6, 2010

IKLAN TAWARAN KHIDMAT PEMBANTU PENGAWAS PEPERIKSAAN AKHIR OKTOBER 2010

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
PULAU PINANG
BAHAGIAN HAL EHWAL PEPERIKSAAN


1. Calon yang berkelayakan adalah diperlukan untuk mengisi jawatan di atas mengikut syarat-syarat perlantikan seperti berikut :

(a) Warganegara Malaysia (Bumiputera)

(b) Pemohon mestilah berumur 17 tahun keatas tetapi tidak melebihi 30 tahun pada tarikh permohonan dibuat. Pemohon yang belum mencapai umur 18 tahun hendaklah mendapat kebenaran ibu/bapa/penjaga

(c) Sihat tubuh badan

(d) Keutamaan akan diberi kepada anak-anak staf UiTM. Ahli keluarga yang lain atau kenalan juga boleh dipertimbangkan. Staf UiTM yang terbabit akan dianggap sebagai rujukan perwatakan pemohon.

(e)Kelayakan minimum sekurang-kurangnya tamat Tingkatan 5 atau mempunyai SPM atau setaraf dengannya.

(f) Pelajar UiTM/ Bekas Pelajar UiTM/ Staf Akademik & Pentadbiran UiTM tidak dibenarkan memohon.

(g) Calon-calon hendaklah komited dengan bidang tugas.

(h) Pihak UiTM boleh menamatkan tempoh perkhidmatan Pembantu Pengawas pada bila- bila masa jika didapati melanggar etika dan peraturan yang ditetapkan.

2. Taraf Jawatan – Sambilan (mengikut tempoh peperiksaan iaitu bermula dari 25/10/2010 hingga 14/11/2010.

3. Kadar Elaun – RM 4.00 sejam.

4. Calon yang berminat sila dapatkan Borang Permohonan di Pejabat HEA/ Fakulti/ Jabatan/ Bahagian.

5. Tarikh Tutup Permohonan :

Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dikembalikan kepada Pejabat HEA sebelum atau pada 24 SEPTEMBER 2010. Sila download borang pemohonan DISINI.

1 comment:

  1. alaaa. sy pelajar uitm. TIDAK DIBENARKAN. haha

    awk berminat ke?

    ReplyDelete